Tuesday, April 15, 2014

Solo Ride Itik Ke Phuket Bike Week 2014

Sekadar berkongsi catatan ringkas pengalaman Ride Itik secara solo ke Phuket Bike Week baru-baru ini atas dasar sesama bikers.

Intro

Nak join group konvoi Malay Regime ke Phuket bersama GT Ritz daripada KL tak dapatlah pulak kerana kekangan cuti, maka tetiba ajer timbul idea ni….

Posting pada FB untuk ke Phuket dgn harapan kalau-kalau ada yang nak join Ride Itik…

“Hmm….solo ride ke Phuket ? Why not ?” – perkara inilah yang bermain di dalam fikiranku sebelum berkira-kira nak ke Phuket. Sebetulnya aku pun adalah newbie dalam aktiviti menunggang ke negara gajah putih. Paling jauh aku pernah ride secara solo ke sana ialah pada Februari 2013, ke Songkhla ajer..Kali ini agak jauh juga, hampir 600 km daripada Gurun hmm…akhirnya aku membuat keputusan untuk mencabar diri aku yang tak seberapa ini untuk mengharungi ujian subjektif ni sambil memohon doa kepada yang Maha Esa untuk memudahkan segala urusan perjalananku nanti…Orang katalah “Belum cuba, belum tahu, dah cuba baru tahu”…

Day 1, Khamis, 10-April-2014: Ready To Ride Itik ke Hatyai.

Sebelum memulakan misi aku ke sana seperti biasa aku melakukan beberapa aktiviti sebagai persiapan asas. Orang katalah “Kalau nak pi berperang, kenalah belajar serba-serbi ilmu perang”. Hmmm….ada benarnya tu sebab aku pun bukannya tahu selok belok laluan ke Phuket nanti. Aku buatlah sedikit study dengan bantuan pakcik Google tentang laluan yang bakal digunakan, lokasi stesen-stesen minyak serta anggaran jarak perjalanan dan masa.

Untuk jentera kesayangan aku ZX130, aku buat pemeriksaan rutin (contohnya paras minyak enjin, pelarasan brek, melincirkan rantai dan sebagainya) supaya aku dapat menunggang dengan selamat.

Antara perkara yang tak kurang penting ialah kewangan. Setelah membuat beberapa kiraan dan taksiran, secara matematiknya aku hanya perlu guna sekitar RM 500.00 ajer untuk sepanjang perjalanan nanti (ni hanya untuk trip dengan moto ZX130 aku yang dijangka “trouble free” beserta anggaran petrol yang bakal digunakan).

Sebaik sahaja selesai waktu bekerja, maka bermulalah misi Solo Ride Itik. Lokasi pertama adalah di Caltex (RNR Gurun arah Utara) bagi memenuhkan tangki petrol. Aku berehat sebentar sambil membuat final check untuk dokumen perjalanan yang wajib seperti passpot dan salinan geran motosikal.


 
Kira-kira jam 5.45 petang, aku sambung perjalanan ke Changlun untuk urusan pembelian insuran dan terus ke Komplek Imigresen Dannok. Hmm…ingatkan lengang, rupa-rupanya penuh dengan “Big Bikers” beserta warga Malaysia/Thai yang nak balik kampong sambut Songkran. Jam 7.45 malam (hampir sejam) baru selesai urusan imigresen dan kastam…sabor ajerlah.

Selesai sahaja urusan dokumen perjalanan, aku menyelesaikan pula urusan tukaran wang, makan-makan dan kerja wajib. Selesai, sekitar jam 8.30 malam aku terus bergerak ke Hatyai. Aku tiba di Greenway Night Market sekitar jam 9.45 malam dan meronda-ronda di sekitar tapak pasar malam yang agak popular di Hatyai ini. Pakaian, makanan, alat solek, kain baju, pendek kata macam-macam ada der….harap-harap terjumpalah dengan barangan “rare”. Memang ada pun, tapi sebab takde bajet nak membeli, aku meneruskan ajer perjalanan mencari tempat tidur di sekitar Bandar Hatyai,

Di Greenway night market sekitar jam 9.45 malam

Macam ori …

Esok masih ada perjalanan kira-kira 450km lagi…..

No comments: